Friday, 4 March 2011

Novel# - Hipotesis Cinta

Bakal Menemui Anda 2011

(Kulit buku bukan gambar sebenar. Gambar sebenar akan diputuskan sewaktu buku ini diterbitkan oleh pihak auditor. Harap maklum)

Penulis : Ayuni 

Novel - Pocket Cinta

Bakal Menemui Anda 2011
(Kulit buku bukan gambar sebenar. Gambar sebenar akan diputuskan sewaktu buku ini diterbitkan oleh pihak auditor. Harap maklum)

Penulis : Ayuni 


Thursday, 3 March 2011

Novel - Andy Auni

Bakal menemui anda pada 2011

(Kulit buku bukan gambar sebenar. Gambar sebenar akan diputuskan sewaktu buku ini diterbitkan oleh pihak auditor. Harap maklum)

Penulis : Ayuni 

Andi auni mengisahkan percintaan yang terpaksa dilupakan oleh dua insan bernama andy dan juga auni. Andy merupakan seorang lelaki yang memiliki paras rupa yang tampan, susuk tubuh yang tinggi serta kulit yang cerah. Dengan memiliki pakej yang lengkap ini, sudah tentunya andy menjadi perhatian oleh golongan gadis-gadis dikolej dimana tempat beliau belajar. Namun hatinya hanya terpahat satu nama iaitu gadis yang sangat bertuah bernama auni. Auni juga memiliki paras rupa yang cantik, beliau juga sering menjadi perhatian dengan telatahnya yang manja dan mudah mesra. Kedua-dua mereka memiliki banyak persamaan sehinggakan mereka digelar pasangan yang sangat secocok sehingga mendapat gelaran  “Romeo and Juliet” dikalangan rakan-rakan sekelas.

Andy juga berjaya menambat hati puan aishah iaitu ibu auni sehinggakan ibu tua tersebut berasa selesa dan mengharapkan andy menjadi menantunya setelah kededua-dua mereka tamat pengajian dan sudah bekerja kelak. Namun, pertemuan yang tak dijangka diantara puan aishah dengan puan khadijah telah mengubah eposid cinta mereka. Ianya bermula dengan satu pelanggaran kecil diantara puan aishah dan puan khadijah disebuah pekan kecil berhampiran dengan kediaman puan khadijah. Lalu puan aishah dibawa pulang kerumah. Puan aishah sangat terkejut apabila melihat rumah banglo tersebut kerana rumah itu telah membuatkan ingatannya kembali bersinar akan peristiwa silam 22 tahun yang lampau.

Satu malam diperlukan oleh puan aishah untuk menceritakan sesuatu kepada anak kesayangannya auni, beliau juga meminta supaya auni melupakan hubungan cintanya dengan andy. Akhirnya, sikap auni terus berubah kerana sukar untuk menerima hakikat kenyataan. Puan aishah terlalu sedih melihat perubahan sikap satu-satunya anak kesayangan beliau sehinggakan beliau jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Auni mula tidak keruan akan nasib malang yang menimpa beliau. Di tambah dengan derita yang tidak tertangung itu, auni juga turut terlibat dalam satu kemalangan yang telah mengubah hidupnya sama sekali.

Apakah punca sebenar sehingga ibu auni iaitu puan aishah meminta anaknya melupakan hubungan cinta dengan kekasihnya andy? Siapakah puan khadijah? Apakah misteri rumah banglo tersebut sehingga timbulnya peristiwa silam 22 tahun yang lampau? Apakah yang terjadi kepada nasib auni selepas beliau ditimpa kemalangan? Ikuti kisah suka duka, tangis dan tawa ini. Diharap novel ini akan mendat tempat dihati para pembaca diluar sana terutama sekali kepada peminat-peminat novel di seluruh Malaysia.

“Mak,nanti bile adik dah besar, adik nak mak jadi pengapit adik ye waktu adik kahwin nanti. Esyy..kenapa mak pula yang nak jadi pengapit adik? Tak pernah dibuat orang. Kenapa tak boleh pulak? mak segan ye..alaa..mak cari la “boyfriend” baru..adik tak kisah..hehehe..”

Auni : Awak, kenapa awak sukakan saya?
Andy :  Saya sukakan awak kerana hati.
Auni : Kenapa dengan hati saya?
Andy : Kerana hati awak adalah wajah awak yang sebenar.

P/S : Untuk tujuan penambahbaikan, saya berharap anda dapat memberikan komen yang membina serta buah fikiran yang dapat membantu novel ini menjadi lebih menarik. Segala pandangan anda amatlah dihargai. Terima Kasih...:-)